About Me

My photo
1ST THINGS 1ST.. MY ACQUAINTANCE CALL ME SHAZ @ SHAZZY.. BORN 2 B WHO I M 2DAY.. (^+^) ENGINEER-2-B, MUSICIAN-IN-D-MAKING.. HAVE A VERY STRONG WILL N NEVER GIVE UP EASILY. D MOTTO IS "KEEP ON SMILING EVEN IN TEARS". (",) IN ANY EVENT, PARENTS R ALWAYS NEAR AT HEART. FRENZ R SUN OF MY SUMMERS, RAINBOW WHEN IT RAINS, SNOWFLAKES OF MY WINTERS, DRY LEAVES OF MY AUTUMNS, MY FLOWERS OF D SPRINGS & STARZ DURING D DARKNESS OF MY NIGHTS.

Friday, December 10, 2010

Permulaannya

Sejak hari itulah..
Aku asyik perhatikan budak yg seorang tu..
Dia memang lonely & terpencil saja..
Dia ada kawan2, tapi dia jarang bersama mereka..
Dia lebih suka bergerak sendirian..
Tiba2 kisah dia tercermin kepada diriku sendiri..

Aku pon macam dia jugalah..
Aku ada kawan2, tapi masih suka berseorangan..
Mungkin sebab aku ni..
1. Jalan cepat sangat [kawan2 tak boleh nak catch-up]
2. Aku ni tak sepandai kawan2 yg lain [mereka budak2 bijak]
3. Aku memang suka bersendiri [aku sukakan ketenangan]
Tapi aku tak tahu lah budak seorang tu macam mana..
Apa yg menyebabkan dia berseorangan..
Aku tak mahu lah serkap jarang..
Tak elok wasangka kepada orang lain..
Usnuzun~~

Since first day aku kenal budak seorang tu..
Aku tak ada lah nak sibuk2 fikir masalah dia kan..
Sebab nya tak ada kena-mengena dengan aku..
Lantak lah apa pon nak jadi kan..
Tapi Allah tu Maha Agung!!
Maha Mengetahui!!
Maha Melihat!!

4 Mac 2009

Suatu hari ni..
Sedang aku berjalan2 menuju ke makmal di kampus..
Aku terpandang segerombolan pelajar berkumpul..
[mak aiihh.. dah macam penjenayah pula bunyi nya..]
Di ruang legar kampus..
Aku tersenyum seorang diri..
Rupa2nya team yg pergi ekspedisi kembara dengan aku hari tu..
Sedang rancak berborak2 di bawah..

Budak itu pon ada sekali..
Tak ada sesiapa dalam team yg tengah rancak berborak tu..
Sedar yg mereka sedang diperhatikan..
Kecuali...
BUDAK ITU!!
Dia ternampak aku..
Mula2 dia tak perasan..
Tapi kali kedua dia memandang..
Dia sangatlah excited nampak aku..
Sambil melambai2 tangan nya ke arah ku..
Aku seperti tidak percaya!!
Adakah ini realiti??
Atau kah aku sekadar berangan2 nak dia lambai2 aku sebegitu??
[aku memang dah lama angan2kan yg dia akan melambai kepadaku]
TIDAK!!
Ini adalah kenyataan~~
Aku hanya memandang penuh kelu..
Tak tahu sama ada aku hendak membalas lambaian dia atau tak..
Aku hanya mampu tersenyum..
Dan terus berjalan menuju ke makmal..

Usai kelas di makmal..
Aku menuju ke meja perbincangan itu..
Dia masih di situ..
Bersama2 dengan team members yg lain..
Dari jauh lagi aku dah nampak dia senyum kepadaku..
Aku pon tiba2 terasa malu..
[muka ku pon blush2 menahan malu.. adoii~~ tiba2 perasan seorang diri]
Walaupun aku ni dah lama dalam team tu..
Tapi aku masih dalam shock!!
Nak tau kenapa??
Sebab..
Sepanjang kami 'kenal', sepatah pon tak pernah bercakap..
Ni tiba2 dia macam dah kenal aku 10 tahun..
Aku memang terkesima..
[ehh chupp!! terkesima tu macam mana ek?? tapi macam sesuai saja penggunaan nya..]

Dia memang sudah banyak berubah..
Dia sudah banyak berbicara sekarang..
Aku yg baru sahaja melabuhkan punggung ni pon..
Sudah dia asak soalan bertubi2..
Aku menjadi terkedu..
Tiba2 menjadi tidak kenal insan yg di depan mataku..
Aku hanya mampu tersenyum..
Kami stay di ruang legar itu agak lama..
Jenuh punya bercerita..
Setelah penat berceloteh, masing2 meminta diri beransur..
Dia juga begitu..
Juga diriku..

Aku pulang ke rumah dengan hati yg sangat gembira..
[kenapa ye?? aku sangat takut dengan perasaan sebegini]
Aku dengan penuh bertambah semangat..
Untuk mengharungi kuliah2 hari esok nya..
Saat mataku hampir tertutup rapat..
Handset Nokia N70 ku berbunyi keseronokan..
Tertera nombor 019-******0
Tanda tanya penuh di minda ku..
Siapakah??
Pukul 12am??
"Hello!!"
"Ni saya.. Iman."
"Haa?? Iman?? Siapa ekk??"
"Iman budak Kelab Kembara."
"Haa?? Dak kembara ada nama Iman kah??"
"Tukiman Tukan!"
"Haa?? Siapa tuu??"
[tiba2 alarm dalam otak ku d trigger]
"Owh.. Iman yg satu rumah dengan Amir & Alif tu ya?"
"Ya.. Betul la tu.."
"Ya.. Kenapa ya??"
"Nak tanya nii.. Esok datang campus tak??"
[aku terkejut dengan soalan yg entah nak gelak atau marah]
"Mesti lah datang.."
[masih lagi confuse dengan soalan budak yg seorang itu]
"Owh.. Ok2.. Jumpa esok ya.."
"Ok.. Insya'Allah.."
[talian ditamatkan]
Aku masih berada dalam status confuse..
Apakah motif sebenarnya dia menelefonku??
Pukul 12 tengah malam??
Tidakkah dia tahu bahawa..
Menelefon itu membazir kredit??
Kenapa tak message saja??
[masih macam tak masuk akal]
Diriku terlena dalam confuse~~






No comments:

Post a Comment