About Me

My photo
1ST THINGS 1ST.. MY ACQUAINTANCE CALL ME SHAZ @ SHAZZY.. BORN 2 B WHO I M 2DAY.. (^+^) ENGINEER-2-B, MUSICIAN-IN-D-MAKING.. HAVE A VERY STRONG WILL N NEVER GIVE UP EASILY. D MOTTO IS "KEEP ON SMILING EVEN IN TEARS". (",) IN ANY EVENT, PARENTS R ALWAYS NEAR AT HEART. FRENZ R SUN OF MY SUMMERS, RAINBOW WHEN IT RAINS, SNOWFLAKES OF MY WINTERS, DRY LEAVES OF MY AUTUMNS, MY FLOWERS OF D SPRINGS & STARZ DURING D DARKNESS OF MY NIGHTS.

Friday, December 10, 2010

Permulaannya

Sejak hari itulah..
Aku asyik perhatikan budak yg seorang tu..
Dia memang lonely & terpencil saja..
Dia ada kawan2, tapi dia jarang bersama mereka..
Dia lebih suka bergerak sendirian..
Tiba2 kisah dia tercermin kepada diriku sendiri..

Aku pon macam dia jugalah..
Aku ada kawan2, tapi masih suka berseorangan..
Mungkin sebab aku ni..
1. Jalan cepat sangat [kawan2 tak boleh nak catch-up]
2. Aku ni tak sepandai kawan2 yg lain [mereka budak2 bijak]
3. Aku memang suka bersendiri [aku sukakan ketenangan]
Tapi aku tak tahu lah budak seorang tu macam mana..
Apa yg menyebabkan dia berseorangan..
Aku tak mahu lah serkap jarang..
Tak elok wasangka kepada orang lain..
Usnuzun~~

Since first day aku kenal budak seorang tu..
Aku tak ada lah nak sibuk2 fikir masalah dia kan..
Sebab nya tak ada kena-mengena dengan aku..
Lantak lah apa pon nak jadi kan..
Tapi Allah tu Maha Agung!!
Maha Mengetahui!!
Maha Melihat!!

4 Mac 2009

Suatu hari ni..
Sedang aku berjalan2 menuju ke makmal di kampus..
Aku terpandang segerombolan pelajar berkumpul..
[mak aiihh.. dah macam penjenayah pula bunyi nya..]
Di ruang legar kampus..
Aku tersenyum seorang diri..
Rupa2nya team yg pergi ekspedisi kembara dengan aku hari tu..
Sedang rancak berborak2 di bawah..

Budak itu pon ada sekali..
Tak ada sesiapa dalam team yg tengah rancak berborak tu..
Sedar yg mereka sedang diperhatikan..
Kecuali...
BUDAK ITU!!
Dia ternampak aku..
Mula2 dia tak perasan..
Tapi kali kedua dia memandang..
Dia sangatlah excited nampak aku..
Sambil melambai2 tangan nya ke arah ku..
Aku seperti tidak percaya!!
Adakah ini realiti??
Atau kah aku sekadar berangan2 nak dia lambai2 aku sebegitu??
[aku memang dah lama angan2kan yg dia akan melambai kepadaku]
TIDAK!!
Ini adalah kenyataan~~
Aku hanya memandang penuh kelu..
Tak tahu sama ada aku hendak membalas lambaian dia atau tak..
Aku hanya mampu tersenyum..
Dan terus berjalan menuju ke makmal..

Usai kelas di makmal..
Aku menuju ke meja perbincangan itu..
Dia masih di situ..
Bersama2 dengan team members yg lain..
Dari jauh lagi aku dah nampak dia senyum kepadaku..
Aku pon tiba2 terasa malu..
[muka ku pon blush2 menahan malu.. adoii~~ tiba2 perasan seorang diri]
Walaupun aku ni dah lama dalam team tu..
Tapi aku masih dalam shock!!
Nak tau kenapa??
Sebab..
Sepanjang kami 'kenal', sepatah pon tak pernah bercakap..
Ni tiba2 dia macam dah kenal aku 10 tahun..
Aku memang terkesima..
[ehh chupp!! terkesima tu macam mana ek?? tapi macam sesuai saja penggunaan nya..]

Dia memang sudah banyak berubah..
Dia sudah banyak berbicara sekarang..
Aku yg baru sahaja melabuhkan punggung ni pon..
Sudah dia asak soalan bertubi2..
Aku menjadi terkedu..
Tiba2 menjadi tidak kenal insan yg di depan mataku..
Aku hanya mampu tersenyum..
Kami stay di ruang legar itu agak lama..
Jenuh punya bercerita..
Setelah penat berceloteh, masing2 meminta diri beransur..
Dia juga begitu..
Juga diriku..

Aku pulang ke rumah dengan hati yg sangat gembira..
[kenapa ye?? aku sangat takut dengan perasaan sebegini]
Aku dengan penuh bertambah semangat..
Untuk mengharungi kuliah2 hari esok nya..
Saat mataku hampir tertutup rapat..
Handset Nokia N70 ku berbunyi keseronokan..
Tertera nombor 019-******0
Tanda tanya penuh di minda ku..
Siapakah??
Pukul 12am??
"Hello!!"
"Ni saya.. Iman."
"Haa?? Iman?? Siapa ekk??"
"Iman budak Kelab Kembara."
"Haa?? Dak kembara ada nama Iman kah??"
"Tukiman Tukan!"
"Haa?? Siapa tuu??"
[tiba2 alarm dalam otak ku d trigger]
"Owh.. Iman yg satu rumah dengan Amir & Alif tu ya?"
"Ya.. Betul la tu.."
"Ya.. Kenapa ya??"
"Nak tanya nii.. Esok datang campus tak??"
[aku terkejut dengan soalan yg entah nak gelak atau marah]
"Mesti lah datang.."
[masih lagi confuse dengan soalan budak yg seorang itu]
"Owh.. Ok2.. Jumpa esok ya.."
"Ok.. Insya'Allah.."
[talian ditamatkan]
Aku masih berada dalam status confuse..
Apakah motif sebenarnya dia menelefonku??
Pukul 12 tengah malam??
Tidakkah dia tahu bahawa..
Menelefon itu membazir kredit??
Kenapa tak message saja??
[masih macam tak masuk akal]
Diriku terlena dalam confuse~~






Thursday, December 9, 2010

Aku & Hidupku

Aku pon macam remaja yg lain juga..
Aku suke pelbagai aktiviti..
Aku tak suka duduk diam tanpa pengisian..
Aku kena buat sesuatu dalam setiap hari yg aku lalui..
Oleh itu..
Aku decide yg aku kena banyak bergaul..
Aku tak boleh dah nak jadi kera sumbang..
So..
Aku pon tiba2 jadi seorang student yg baek..
Join kelab itu, masok persatuan ini..
Main game itu, sertai program ini..
Last2, aku dapat ramai kenalan..

Macam2 fi'il rupa nya manusia ni kan??
Ada yg suka bergosip tentang orang lain..
Ada yg suka pegang jawatan sampai macam dah tak boleh nak bagi komitmen..
Ada yg suka jadi follower saja..
Ada yg suka cakap propa..
Ada yg suka buat kerja sorang2..
Ada yg buat kerja ni sikit, buat kerja tu sikit..
Alih2 apa pon tak habis buat..
Ada yg suka mengarah saja kerja nya..
Ada yg menurut saja hobi nya..
Ada yg aggresive tak tentu pasal..
Itu salah, ini silap, orang tu tak betol, orang ni tak betol..
Haa.. baru aku tahu..
Dunia ni penuh ragam manusia sebenar nya..

Niway..
Aku pon join la satu team ni..
Team ni jenis yg suka pergi mengembara..
Mereka suka sertai aktiviti fizikal & lasak..
Aku pon apa lagi..
SERONOK!!
Sejak sekolah lagi aku memang suka aktiviti2 yg macam ni..
Mujurlah di universiti pon ada aktiviti yg macam ni..
So tak ada lah aku kempunan sangat..
Since aku sangat berminat dengan aktiviti macam tu..
Aku pon apa lagi..
Setiap kali ada saja program..
Aku tak pernah lupa tulis nama nak join..
Boleh dikatakan setiap program masuk hutan tu aku pergi..
Tanya lah mana hutan pon, mesti kenal aku..

Then ada satu program ni..
Kami semua pergi masuk Taman Negara Pahang tu..
Tuuu diaaa!!
Sungguh indah pemandangan di sana..
Aku sungguh gembira & seronok sangat2..
Aku suka berjalan sendirian menikmati keindahan ciptaan Ilahi..
Sungai yg mengalir tenang..
Menambah lagi damai di hati ku..
Kehijauan hutan hujan tropika di sana..
Sungguh mententeramkan jiwa ku..
Memandangkan aku seorang yg suka akan kedamaian..
Ku sanggup melarikan diri daripada hiruk-pikuk kotaraya..
Banayak masa sudi ku luangkan untuk keindahan sebegini..

Seorang diri ku merantau ke tepian sungai..
Duduk di batuan besar yg licin berlumut..
Bermain-main di gigi air yg sejuk lagi menyegarkan..
Tengah ku mengocak2 air..
Ku menoleh ke kiri dan ke kanan..
Lantas mataku tertumpu ke arah satu susuk..
Duduk di gigian air keseorangan..
Juga sedang mengocak2 air di hujung sungai..
Aku kenal!!
Itu adalah salah seorang ahli kembara ini..
Memang dia sentiasa keseorangan..
Sudah lama aku perhatikan..
Sejak kami sampai lagi..
Dia tak ada kawan kah yg menyertainya ke kembara ini??
Kesian dia..





Wednesday, December 8, 2010

T.U.M.I.R.A.H.

~ Mira ~

Itulah nama aku..
Aku ni orang biasa2 saja..
Tak ada apa2 yg special pon..
Ada sepasang mata..
Ada satu itong..
Ada sepasang molot..
Ada sepasang telinga..
Ada 32 batang gigi..
<1,2,3.....32..>
Fizikal yg lain2 pon cukup lengkap..
Alhamdulillah~~
Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi..
Atas kurniaan yg tak terhingga ini..
(^_^)

Aku remaja kota..
Pada diri aku..
Aku ni easy-going saja..
Aku ni agak cepat marah orang nya..
(#0#)

Nak tahu tak apa yg aku suka & tak suka??
Kat bawah ni aku list yg aku SUKA..
1. Duduk seorang diri
2. Keamanan
3. Anak2 kecil
4. Berterus-terang
5. Menjadi pendengar setia
6. Online FB
(^_~)

In fact!!
Macam2 yg aku tak suka..
Jom kita cek senarai TAK SUKA aku..
1. Bising tak tentu pasal
2. Hipokrit
3. Tidur lampu terpasang
4. Mamat yg duduk tepi longkang yg suka suit2 anak dara orang
5. Malu tak bertempat/mengada2/gedix
6. Cakap belakang/back-stabbing
(@_@)

Meh aku nak story sikit tentang hidup aku..
Aku ni bukanlah orang berada..
Aku hidup sederhana saja dengan family aku..
Aku ni juga seorang yg cepat marah..
Tapi setiap kali aku marah, aku pasti akan ingat..

'Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah saw bersabda "Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meredhai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhai."
(H.R. Ahmad)'

Tapi aku ni...
Keras kepala sikit orang nya..
Ada saja yg aku rasa aku nak bangkang..
Siapa2 saja cakap, kalau tak berkenan di hati ku, mesti kena bangkang..
Tapi, aku ni tak lah terlalu mengikut perasaan..
Aku bangkang yg rasional2 saja..
Aku juga senang nak terima teguran daripada orang lain..
Sebab nya..
Aku rasa diri aku ni sentiasa perlukan kritikan..
Supaya diri aku boleh berubah..
Aku ni bukan nya PERFECT!!
Tak ada manusia yg perfect..
Tipulah kalau ada yg kata dirinya perfect..
Tol tak??
Lagi satu..
Aku tak kisah orang lain nak mengata aku..
Belakang..
Depan..
Kiri..
Kanan..
Atas..
Bawah..
Lantak lah!!
Yg penting aku tahu yg aku tak ada buat salah kepada orang lain..
Kalau aku betul2 buat salah..
Aku akan mengaku..
Buat apalah aku nak baling batu kemudian sembunyi tangan..
Kan kan kan??
Allah tahu setiap perkara yg terjadi..
Kalau sekalipun aku berselindung daripada manusia..
Yg Maha Esa sentiasa perhatikan aku..
There's no point!!
So...
Aku decide yg aku tak akan ambil peduli apa orang nak cakap..
Susah kalau aku ambil kisah hal2 macam ni..
Nanti2, aku sendiri yg stress lah, tension lah, pressure lah..
Siapa yg susah nanti??
Aku jugak~~
So, biar aku buat hal aku sendiri..
Bukan nya nak jadi katak bawah tempurung..
Just tak nak jaga tepi kain orang lain..
Itulah aku..
(>+<)

TUMIRAH BT. TUMIN